Pihak Bomba berada di lokasi untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat pagi tadi
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pihak Bomba untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di hutan Kampung Siaban kira-kira 39 KM dari sini hari ini.
Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna terima panggilan kecemasan pada jam 10.20 pagi tadi.
Sebuah jentera bersama 5 orang anggota yang diketuai oleh PBK I Rary Ak Binjie telah bergegas ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan untuk mencari mangsa yang dikenalpasti sebagai Harianto Pungut , yang berumur 30an tahun.
Menurut petugas Bilik Kawalan BBP, maklumat yang diterima dari pihak polis ialah mangsa telah masuk ke dalam hutan bersama dua orang rakannya pada jam 8.00 pagi hari Selasa, namun hanya dua orang yang keluar pada jam 4.00 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ