Oleh Wartawan BS
KOTA KINABALU: Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dikatakan diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Video kejadian kira-kira jam 7.30 malam terbabit juga turut tular di media sosial Facebook dan turut dikongsi di aplikasi WhatsApp.
Difahamkan, Papagomo sedang mendaftar di salah satu kaunter di KKIA lalu berlaku pertengkaran antara sekumpulan lelaki sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.
Bagaimanapun beberapa anggota polis yang berada di lokasi berjaya menenangkan keadaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian itu.
Difahamkan sebelum, turut tular di media sosial menunjukkan Papagomo mengoyak gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa mengadakan demonstrasi jalanan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.
Rata-rata netizen mengecam tindakan itu kerana tidak menghormati
budaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain di negeri ini.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK