[ad_1]
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata daripada jumlah itu, 97 tuntutan yang melibatkan nilai RM40,200 telah dibayar kepada penerima skim perlindungan tersebut.
“Ini melibatkan kemasukan ke hospital dan tuntutan untuk penyakit-penyakit kritikal,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu jumlah penyertaan golongan berpendapatan rendah B40 dalam skim mySalam.
Menurut Amiruddin, seramai 3.8 juta daripada golongan B40 dijangka layak menjadi penerima skim tersebut yang bertujuan mengurangkan bebanan mereka akibat kejutan kewangan sekiranya berlaku kemasukan ke hospital atau penyakit kritikal.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) sama ada kerajaan bercadang mengekalkan bantuan skim mySalam, Amiruddin berkata buat masa ini skim tersebut akan diteruskan selama lima tahun.
“Fasa pertama skim ini dilaksanakan selama lima tahun dan sekiranya terbukti ia mampu meringankan beban golongan B40 kerajaan akan kaji (untuk teruskan),” katanya.
Skim itu menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 dalam bentuk sekali gus sekiranya mereka disahkan menghidap mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser dan penyakit jantung.
Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun kepada mereka yang menerima rawatan di hospital kerajaan, katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar