[ad_1]
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengemukakan satu perundangan baharu mengenai pelaksanaan pembaharuan semula bandar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menterinya Khalid Abdul Samad berkata pada masa ini projek pembaharuan bandar dilaksanakan berdasarkan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar yang dihasilkan kementerian dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
“Panduan ini menyediakan garis panduan pembaharuan semula bandar yang komprehensif dan bersepadu untuk jangka panjang bagi menangani isu kemelesetan ekonomi, keusangan fizikal, terbengkalai dan tidak ekonomik, dan boleh dilaksanakan pihak kerajaan atau swasta,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu