KOTA KINABALU: Seorang pelancong warga Korea ditemui mati tergantung di dalam bilik mandi di sebuah resort di Pulau Gaya awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di pancuran air bilik mandi pada jam 7.00 pagi tadi (13 Feb).
“Mangsa kemudian diturunkan dan terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kalsom, siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah dapat dikaitkan dan kes disiasat sebagai kes mati mengejut.
“Sebarang maklumat, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Zackie Nizamri Jakariah, Penolong Ketua Polis Balai Pulau Gaya di talian 013-3453278,” katanya.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK