PEMANDU SELAMAT, HANYA TAYAR TERBAKAR

BELURAN: Seorang pemandu bernasib baik apabila hanya tayar lori yang terbakar dalam kejadian di Jalan Berkat Setia, di sini, petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4. 30 petang apabila bahagian tayar lori 20 tan yang membawa muatan baja terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan jam 4.53 petang, sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi yang terletak 32 kilometer dari balai.

Katanya, operasi membabitkan tujuh anggota penyelamat bersama sebuah jentera.

“Lori yang mengangkut muatan baja terbakar kira-kira 30 peratus di bahagian tayar.

“Pasukan seterusnya melakukan pemadaman dan membuat pemeriksaan keselamatan di kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain,” katanya.

Rastam berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 7.20 petang dan tiada kecederaan dilaporkan.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *