PENIAGA SAYUR DISAMUN, KERETA DILARIKAN

SANDAKAN: Seorang peniaga sayur kerugian apabila disamun dan keretanya dilarikan dalam kejadian Batu 25, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 56 tahun itu dikatakan didatangi dua suspek di rumahnya ketika sedang bersiap untuk ke pasar Gum-Gum, Batu 16, kira-kira jam 2 pagi.

Suspek dikatakan menutup mulut dan mata mangsa serta mengikat tangan mangsa, sebelum melarikan beg tangan yang mengandungi wang sebanyak RM200 dan telefon bimbit serta kereta jenis PERODUA Bezza berwarna putih.

Sebelum itu, mangsa dipercayai turut dicekik di leher dan dipijak.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata mangsa membuat laporan polis pada jam 10.30 pagi semalam dan polis kini giat mengesan kedua-dua suspek berdasarkan maklumat diberikan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397A Kanun Keseksaan.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *