KOTA KINABALU: Pemberian hak milik tanah kepada penduduk kampung oleh Kerajaan Sabah bukanlah untuk membeli undi sebaliknya sijil tanah adat negeri (NT) yang dikeluarkan itu diserahkan kepada penerima yang sah sejak tahun lalu.
“Apa yang tidak kena? Saya sudah memberikan hak milik tanah sejak setahun lalu.
“Ini bukan untuk membeli undi. Selagi writ pilihan raya belum dikeluarkan, kerajaan sementara masih boleh berfungsi untuk memberi (hak milik tanah).
“Jika writ sudah dikeluarkan, itu cerita berbeza (tetapi) saya masih boleh menghulurkan bantuan.
“Saya juga tahu undang-undang (kerana) saya pernah menjadi penggubal undang-undang selama beberapa dekad,” kata ketua menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan 399 sijil NT kepada penduduk kampung di daerah utara Kudat, semalam.
Shafie juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak boleh berbuat demikian sedangkan kerajaan persekutuan boleh melakukannya.
“Jika kerajaan persekutuan atau agensi boleh membuat pelbagai pengumuman, mengapa sebagai ketua menteri sementara saya tidak boleh melakukan perkara sama untuk kerajaan negeri atau jabatan?
“Jika agensi persekutuan dapat berfungsi di Sabah, jadi mengapa jabatan peringkat negeri tidak boleh bertindak serupa?” soalnya.
Terdahulu, sebelum ini, Shafie menyampaikan hak milik tanah sama kepada penerima di Tongod, Tawau, Lahad Datu, Keningau dan Tambunan.-http://beritasabah.com
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam