KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sentiasa menghayati persamaan di kalangan masyarakat namun pada yang sama turut menerima dengan sepenuh hati perbezaan setiap individu di Sabah.
Hantaran di Page Facebook UPKO Malaysia, hari ini, menyatakan, sama seperti kebanyakkan keluarga orang-orang Sabah, UPKO merangkumi ahli-ahli dari pelbagai bangsa dan agama dengan latar belakang, pengetahuan serta tahap kesefahaman yang berbeza.
“Ini adalah penting supaya semua dapat hidup dalam keadaan harmoni, selamat dan terlindung; seterusnya menjadikan Sabah sebuah negeri yang lebih kondusif untuk didiami.
“Demi terus melindungi keunikan orang-orang Sabah kita, UPKO janji akan terus memperjuangkan pengetahuan, kesefahaman dan perpaduan agama di negeri tersayang kita,” kata hantaran itu.
UPKO Malaysia dalam hantara itu turut menjemput orang ramai yang percaya dengan perjuangan parti itu supaya menyertai keluarga besar mereka.
“Kepada semua yang turut percaya dengan perjuangan UPKO, sila jemput untuk menyertai keluarga besar UPKO melalui Pemuda UPKO PUSAT, Wanita UPKO, GEM UPKO Malaysia, ataupun cawangan-cawangan kita seperti UPKO Keningau, UPKO Beaufort, UPKO Ranau UPKO Tuaran, UPKO Pensiangan, UPKO Kinabatangan, UPKO Beluran, UPKO Kudat, UPKO Kota Marudu, UPKO Libaran, UPKO Tenom, UPKO Papar, UPKO Sepanggar , UPKO Kimanis dan UPKO Kota Belud,” kata hantaran itu.-http://beritasabah.com
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam