[ad_1]
Perkara ini diakui oleh seorang usahawan, Nor Riza Ya, 41, yang berasal dari Taman Mesra, Gua Musang bahawa pembiayaan TEKUN Nasional memberi peluang kepadanya untuk memperbesarkan perniagaan hiasan dalam yang diusahakan sejak 2008.
“Pada permulaan saya hanya mempunyai modal yang sedikit, justeru cuba memohon pembiayaan daripada TEKUN Nasional. Sejak 10 tahun lepas, saya telah tiga kali membuat pinjaman dengan nilai keseluruhan RM60,000.
“Oleh kerana saya berjaya menyelesaikan pembiayaan dengan baik, pengurusan TEKUN Nasional Gua Musang menyarankan saya memohon pembiayaan RM100,000 pada tahun ini bagi memperbesarkan lagi perniagaan saya ,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan Karnival Usahawan TEKUN Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang turut dihadiri Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.
Nor Riza, yang kini mempunyai enam orang pekerja berkata TEKUN Nasional mempunyai kaedah pembayaran paling mudah iaitu secara bulanan dengan tempoh pembiayaan maksimum tujuh tahun.
“Contohnya kalau pinjam RM10,000, bayaran bulanan hanya RM275 sebulan, Saya pernah membuat pinjaman sebanyak RM30,000 dan berjaya menyelesaikannya dalam tempoh kurang daripada lima tahun,” katanya.
Seorang lagi usahawan, Rosaidi Abd Rashid, 37, (he) yang berasal dari Kampung Badak, Bachok yang menjalankan perniagaan kimpalan dan fabrikasi logam berkata kehidupannya banyak berubah selepas berjaya memperbesar perniagaannya menerusi pembiayaan TEKUN Nasional.
“Saya memulakan perniagaan sendiri kira-kira 12 tahun lepas selepas lapan tahun bekerja dengan orang lain. Untuk permulaan saya membuat pinjaman sebanyak RM20,000 daripada TEKUN Nasional dengan tempoh bayaran tujuh tahun dan berjaya melunaskannya dalam tempoh kurang daripada tempoh perjanjian.
“Setakat ini, sudah empat kali saya membuat pinjaman perniagaan dengan agensi ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 dan akan memohon pinjaman baharu berjumlah RM100,000 pada tahun ini,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar