[ad_1]
Ia diadakan di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, yang diubah suai seperti mahkamah.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai RCI yang dianggotai tujuh anggota itu. Timbalan Pengerusi RCI pula ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai.
Anggota RCI lain ialah bekas Ketua Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Noorbahri Baharuddin; Tan Sri Razali Ismail yang baru meletak jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam); bekas Ketua Penyelidik, Jabatan Peguam Negara, Datuk Junaidah Abdul Rahman; bekas Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin; dan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata laporan siasatan RCI itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 147 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.
Sesi pendengaran itu akan turut diadakan esok (18 April) dan 22 April ini.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu