PENDENGARAN PERMOHONAN MUSA AMAN 7 SEPTEMBER INI

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di ibu negara, hari ini, 7 September ini bagi mendengar permohonan Musa Aman dan 32 lagi Adun untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pembubaran dewan undangan negeri Sabah.

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar rayuan 33 Adun terbabit berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai pembubaran DUN Sabah.

Pada 21 Ogos lalu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan Musa dan Adun yang menyokongnya untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap pembubaran DUN Sabah.

Ia dilakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.-http://beritasabah.com