PENDUDUK DI 6 BUAH KAMPUNG MOHON KKMM DIRIKAN MENARA DAN JALAN RAYA DAPAT DINAIK TARAF.

Jebli (kanan) dan Jasni

By Aissac Bjsim

KOTA MARUDUR: Kira-kira lebih 1,500 orang penduduk di enam buah kampung di kawasan Mukim Luba Polumpung menggesa pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan KPLB agar segera mengkaji keperluan yang mendesak bagi mendirikan menara  telekomunikasi  yang menjadi keperluan kehidupan  penduduk.

Seorang jurucakap pengguna  Jebli  Asang berkata, (Gambar)  masalah ketiadaan isyarat telekomunikasi di enam buah kampung memaksa pengguna pergi ke satu tempat  terletak kira-kira 8 kilometer untuk mendapatkan liputan  ini  memaksa  ramai pengguna  menghadapi masalah  terputus hubungan dari dunia luar.

Beliau yang juga  merupakan  Bendahari  Persatuan Dusun Luba Sabah berkata, ramai pengguna terutamanya guru-guru dan para pelajar  tidak  dapat menjalankan sebarang  urusan  yang berkaitan dengan kerja-kerja harian yang berkaitan  internet atau urusan luar disebabkan  masalah  talian komunikasi.

Katanya,  keperluan menara  telekomunikasi  pada era  digital  amatlah penting khususnya pada masa kecemasan disamping melakukan urusan secara online,

“Kampung kami   merasa agak malang  sedikit  kerana semenjak Merdeka 56 tahun lalu  masih jauh ketinggalan  dan masih merasa  terpinggir dari arus  pembangunan  kerana  perhubungan jalan raya  serta masalah tersebut,” katanya.

Sementara itu Pengerusi MPKK bagi kampung  Rugading Baru Jasni Asang berkata, selain enam buah kampung yang menghadapi masalah  liputan telekomunikasi   terdapat dua buah tadika dan sebuah  sekolah rendah iaitu SK Lampada yang  mana guru-guru turut menghadapi  ketiadaan hubungan internet dan menyebabkan pembelajaran atau urusan melalui online terbantut.

Katanya, selain masalah telekomunikasi , jalan raya  yang menjadi nadi kepada perhubungan utama para penduduk ke pekan turut menghadapi kesukaran lebih-lebih lagi pada musim hujan kerana jalan raya dan jambatan yang hanya bertaraf laluan jeep turut rosak akibat hujan  dan banjir terutama kepada kenderaan kecil.

“Para pelajar yang mahu balik ke asrama, para pesakityang pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan ataupun para petani yang mahu membawa hasil-hasil tani mereka seperti getah, koko, halia, jagung  serta  ternakan  terpaksa menanggung kos  sewa kereta tinggi  ataupun  terpaksa berjalan dan  menghadapi risiko lebih bahaya ketika dalam perjalanan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, adalah  lebih  baik jika sekiranya  kedua-dua  keperluan  yang dinyatakan itu dapat diberikan perhatian  pihak kerajaan, kampung-kampung yang terlibat adalah kampung Lampada,  Luba Polumpung, Rugading, Rugading Baru,  Tombilaung dan Nangko.  

Mereka berdua menyuarakan masalah ini kepada wakil BS diruangan Aduan Rakyat.