PENGEDAR DADAH TUMPAS DI SANDAKAN

SANDAKAN: Dua lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas didapati membawa 102.7 gram syabu dalam sekatan jalan raya di Batu 16, di sini, malam tadi.

Kedua-dua suspek tempatan berumur 36 dan 51 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata polis menahan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki kedua mangsa yang sedang menghala ke pusat bandar.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui ketulan hablur jernih dalam seluar kedua-dua suspek dan ujian urin ke atas suspek turut mendapati mereka positid dadah jenis methamphetamine.

“Dadah dianggarkan bernilai RM8,000 dalam harga pasaran.

“Kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-http://beritasabah.com