Romeo perlu banyak pendedahan bagi memantapkan prestasi
By: Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Larian SRA Bambangan menyaksikan hampir semua ketegori dikuasai para pelari tuan rumah apabila menguasai tiga daripada empat ketegori yang dipertandingkan RUN FOR FUN pada tahun ini yang telah diadakan Isnin lepas.
Dalam kategori lelaki terbuka, pelari jaguh kampung ( Goshen) Romeo Gamboh 20, yang mencatat 28:52, juga bintang harapan meninggalkan pesaingnya Yasbie 30:02 dari Ranau untuk ditempat ke-2, dan tempat ke-3 dimenangi Addy Yasbie (Pinatau) dengan catatan masa 31:02.Menyusul Fredinus Julis (Bintason) Vilbon Madilan( Salimandut) Aindy Sitong , Franky Paulus (Monopod) Mohd Jusrry Justin (Kundasang) Nelbley Kerry (Kotud) dan Rayner Doripung (Talamasaon)
Ketegori lelaki veteran turut diunguli pelari antarabangsa Rustam Masri ( Talamason) dengan catatan masa 29:09 disusuli pelari negeri Pettry Osman (Kundasang) 30:34 dan ke-3 Jasuel Lukim (Kiulu) 31:03, disaingi rapat Derus Dahi, Madusun Rumondok (Bintoson) Gustin Tiam (Tamparuli) Sabin F.Karangau (Pitas) Malebone Gabil (Damai) Juakim Majudin ( Nolotan) dan Jakuil Magindak (Talantang 2)
Dalam pada itu penguasaan dalam kategori wanita Veteran diungguli pelari elit Epang Sarawai
( Bintasan) 38: 47, ke-2 Vilin @Imelda Ulut ( Kota Marudu) 42: 05 diikuti Annie Linus (Tambunan) 43:00, diikuti Rendagon (Talamason) Yunsasak (Bintasan) Jukini Eyok (Taginambur KM) Yanih (Talamason) Samsiah Wahid (Pitas) Shiti Jamuda (Goshen) dan Leong Su Mi (SMK KMDU)

Barisan para pemenang kategori WV
Manalaka dalam kategori wanita terbuka menyaksikan para pelari negeri yang mewakili sekolah masing masing, Johan Bibilin Fauzi (Kota Belud) 37:02 diikuti ke-2 Suzianah Ekil (Gana KMDU)
40: 28, ke-3 Sinapilin Sarawai( Bintasan) 40:52, seterusnya ke-4 Afrina Rika(SMK Bandau) Meclania (SMK KMDU) Elyaza lai Nyuk Len, Elsa Jumilin (SMK Bandau) Annesa ladungki (Taginambur ) Ashrina Bakrin (Pitas) dan Saimi Sungkitang (Talamason KM)
Sementara itu Guru Besar SRA Bambangan Anny Marungis (Gambar) berkata, penyertaan dikalangan peminat larian amat mengalakkan dimana peserta melebihi jangkaan awal kami 200 tetapi yang menyertai seramai 323 peserta yang datang dari Ranau, Tambunan, Kota Belud, Kiulu, Pitas, Matunggong selain peserta disekitar Marak parak.
Katanya, daripada jumlah penyertaan R4F yang julung kali diadakan 109 peserta dari kategori lelaki terbuka adalah yang teramai , terbuka wanita 93 penyertaan, lelaki veteran 63 peserta dan wanita veteran 58 peserta dan ada juga peserta kanak kanak dan berkumpulan didalam RUN FOR FUN.
Harapan tinggi pelajar SK Bambangan…
Sementara itu Anny guru yang baru lepasan dari AUI Thailand berharap agar “penganjuran R4F bagi mengumupul dana bagi menyiapkan asrama pelajar dapat direlisasikan, walaupun mungkin tidak cukup”, katanya kepada beritasabah di Sorinsim.

Geng Runners dari Kota Marudu Pitas, di barisi Ruston, Joronon, Wilfred, Marconi, yg bakal bersaing di Kuching Marathon ahad depan
Menurutnya, sekolah tersebut hanya ada 40 orang murid, namun mempunyai impian dan harapan tinggi dikalangan ibubaba sebagai nadi insperasi pendidikan yang boleh membantu kecermelangan pelajar, SK bambangan pada tahun ini ada empat orang calon UPSR yang duduk belajar didalam tiga kelas sahaja dan mempunyai tiga orang guru terlatih dan seorang guru pelatih.
Katanya lagi, “dengan siapnya asrama tersebut dapatlah para pelajar dari kampung Tungab seramai 25 orang dan Bambangan sendiri dapat belajar dan tinggal di asrama dengan lebih selesa, sekarang ini mereka berjalan kaki dan terpaksa mengharung tiga batang sungai sebelum sampai ke kelas,” katanya.

Pelajar SRA Bambangan punya bakat istemewa boleh menari beberapa jenis tarian, sumazau, dikir Barat, joget mempunyai harapan tinggi kuasai ilmu melalui didikan Guru2

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee