Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan daerah Kota Marudu/Pitas Cik Junairah Jupri KETIKa berucap merasmikan kejohanan
By: Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Memang tidak dinafikan kegiatan sukan mampu memupuk perpaduan dikalangan pelbagai kaum, agama dan anutan politik , maka penganjuran sukan yang dianjurkan bersama oleh kakitangan Jabatan Perpaduan daerah dengan kerjasama pengerusi taman asuhan kanak kanak WTK serta Taska permata negara adalah bertepatan
Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan daerah Kota Marudu/Pitas Cik Junairah Jupri berkata, sebagai salah satu jabatan kerajaan persekutuan berperanan mengintegrasikan perpaduan maka sukan tersebut memang wajarlah sebagai salah satu wadah perpaduan kaum yang ada di negara kita.
Katanya, selain jabatan tersebut berperanan memupuk perpaduan di dalam pembelajaran melalui Taska, kegiatan bersukan dikalangan para kakitangan, guru tadika membolehkan semua kakitangan dan ibubapa dapat berinteraksi dengan sihat melalui sukan berpasukan.

Pasukan yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan
Sementara itu, pengerusi penganjur sukan perpaduan (SUPER) JPTP Mohd Selihin Bin Mohd Sibi berkata penganjuran masuk tahun kedua telah menarik 40 pasukan dari dua kategori iaitu sukan bola tampar bagi wanita dan sepak takraw bagi lelaki dimana ianya berlangsung dengan penuh semangat kesukanan.
Katanya memandangkan sambutan begitu menggalakkan dikalangan ibubapa dan guru-guru serta kakitangan Taska maka penganjuran akan terus diadakan pada tahun hadapan.
Sukan kegemaran dikalangan para wanita bola tampar dan sepak takraw bagi lelaki memang sukan paling diminati malah boleh menyihatkan anggota badan serta minda sihat.

Johan dan Naib Johan merakamkan gambar bersama
Dalam pertandingan itu pasukan wanita dari taman perumahan WTK Kota Marudu muncul juara setelah mengalahkan pasukan pencabar pasukan JPTP kampung Toporoi manakala tempat ketiga pasukan Taska Permata Goshen.
Sementara itu, pada perlawanan akhir bagi sepak takraw dimenangi pasukan JPTP kampung Beliajung Tandek , naib johan disandang JPTP kampung Toporoi dan tempat ketiga JPTP kampung Damai.
Sementara beberapa peserta yang ditemui menyatakan rasa gembira dan berharap agar sukan bola tampar khususnya dikalangan para wanita terus diadakan bagi menenuhi hobi masa lapang disamping dapat beriadah sambil bersukan dengan lebih rasa siihat.
Seorang guru Mimih Phelemon yang menjadi ketua pasukan JPTP Toporoi amat gembira dan menyatakan rasa gembira membawa pasukannya walaupun tewas kepada pasukan pilihan pasukan WTK.
Seorang lagi ibu juga bergiat aktif dalam sukan tersebut Sinunsiyim Bayujau yang mewakili pasukan WTK menyatakan rasa gembira menyertai perlawanan bola tampar agar dia sentiasa menjadi pilihan utamanya sebagai wadah untuk bersukan.
Hadiah-hadiah berbentuk hamper berserta medal disampaikan Cik Junairah bersama pengerusi penganjur JPTP TP Taman WTK Mohd Selihin.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee