Peratusan VOC Omicron dikesan meningkat di Malaysia ganti VOC Delta

Data survelan genom (SARS-Cov-2) dari September 2020 hingga Januari 2022

KOTA KINABALU, 28 Feb – Data survelan genom (SARS-CoV-2) tahun 2020 menunjukkan varian dominan adalah Varian of Concern (VOC) Delta sejak tahun 2021.

Di Malaysia, VOC Omicron mula dikesan pada November 2021.                

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peratusan VOC Omicron yang dikesan di Malaysia semakin meningkat menggantikan VOC Delta.

“Omicron mudah merebak menyebabkan berlakunya peningkatan kes. Perhimpunan ramai seperti sekolah dan juga tempat sesak boleh menyebabkan penularan mudah berlaku,” kata KKM dalam sebuah kenyataan.

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk meningkatkan amalan kendiri iaitu amalkan “Test, Report, Inform, Isolate, Seek” (TRIIS) dan dapatkan vaksinasi serta dos penggalak bagi mereka yang layak.