Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Bazar amal yang dianjurkan Sabah Cheshire Home & Servises merupakan cabaran rumah amal berkenan dalam usaha mencari dana untuk menampung kos pembinaan bangunan asrama baru yang dianggarkan benilai RM1.2 juta.
Sehubungan itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung (gambar) berharap lebih ramai orang dari semua lapisan masyarakat akan tampil untuk menderma dan menaja untuk tujuan murni rumah amal berkenaan.
“Saya difahamkan bahawa asrama ini akan memberi manfaat terutamanya orang kelainan upaya (OKU) dari kawasan luar bandar menjalani latihan kemahiran di rumah amal ini terutama golongan itu untuk mendapatkan penginapan yang terhad yang boleh diakses di Kota Kinabalu.
Saya berharap asrama ini akan menjadi penginapan transit kepada mereka yang memerlukan tanpa perlu risau,” katanya pada majlis perasmian Bazar Amal Sabah Cheshire Home & Services, disini kelmarin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Norazlinah Arif.
Frankie berkata, Sabah Cheshire Home & Services atau Rumah Amal dan Perkhidmatan Sabah adalah perintis mengenai pendekatan berasaskan holistik dan inklusif bagi semua orang termasuk OKU.
Bermula sebagai sebuah institusi yang memberikan perlindungan untuk OKU, Sabah Cheshire Home & Services kini beroperasi untuk menyediakan pendidikan awal, dikuti latihan kemahiran dan kediaman.
“Pendidikan memang sangat penting dan keperluan OKU tidak berbeza dengan kita. Kita perlu menyediakannya untuk semua orang kerana ini akan membantu dalam pertumbuhan negara.
Frankie mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas usaha gigih dalam kejayaan bazar tersebut.
Beliau juga mengucapkan terim akasih kepada 37 peserta yang tampil untuk menjayakan bazar amal bekenaan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ