PERTANDINGAN VIDEO PENDEK LEGENDA HUMINODUN

KOTA KINABALU: Bagi memperingati asas perayaan Unduk Ngadau, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkolaborasi dengan Sabah Creative Economy and Innovation Hub serta Atukoi FM menganjurkan Pertandingan Membuat Video Pendek Kaamatan 2020 : Legenda Huminodun.

Mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan berdasarkan jalan cerita yang diberikan iaitu Legenda Cinta Agung Huminodun.

Video yang hendak dihantar juga harus berdurasi minimum tiga minit dan tidak lebih dari lima minit.

Berikutan hanya satu kategori dipertandingkan, kebebasan diberikan kepada para peserta untuk berkarya dalam video berkenaan sama ada dalam bentuk dokumentari, animasi, atau drama.

Karya video pendek yang dingin dipertandingkan boleh menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa etnik Momogun.

Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan bahasa etnik Momogun mestilah menyertakan teks terjemahan dalam bahasa Malaysia pada bahagian bawah visual.

Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat Sabah tanpa had umur dengan setiap penyertaan mestilah dihantar secara online kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 11 Jun, sebelum jam 12.00 tengahari.

Cara menghantar penyertaan adalah dengan memuatnaik penyertaan ke akaun Youtube masing-masing seterusnya menghantar pautan video berkenaan alamat emel videohuminodun@gmail.com.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 12 Jun depan dan peserta juga dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan video pendek ini boleh didapati di dalam lama Facebook Page UPKO Malaysia.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *