KOTA KINABALU: Gretchene Quirina Salipa daripada Inanam muncul juara pertandingan menyanyi Rombituon Kaamatan Online UPKO 2020 yang berlangsung, baru-baru ini.
Pertandingan yang buat pertama kalinya diadakan secara atas talian berikutan penularan wabak Covid-19 itu turut menyaksikan naib juara disandang oleh peserta daripada Penampang Chrispine Joseph manakala tempat ketiga dimenangi Ellys Emith daripada Telupid.
Dengan kemenangan itu, Gretchene memenangi hadiah wang tunai RM1,500 manakala Chrispune dan Ellys masing-masing memenangi wang tunai RM1,000 dan RM500.
Sementara itu, Ellys turut memenangi RM100 lagi apabila terpilih sebagai peserta paling popular yang ditentukan menerusi Like paling banyak di Facebook di mana beliau mendapat sebanyak 53 peratus undian.
Satu lagi kategori yang dipertandingkan adalah Prop Kaamatan Paling Kreatif dengan peserta dari Tungku, Salherah Saleh, menjadi pilihan presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM100.-http://beritasabah.com
More Stories
Persembahan eksklusif Velvet pukau hadirin di Jao Tim
Dwayne ‘The Rock’ Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Madonna ‘sidai’ peminat 3 jam!