Timbalan Presiden II Samora, Jose Madsinupu (tengah) dan Duta Samora Tracy Chee (12 dari kiri) bergambar bersama para peserta Gimpuhut Pesta Magahau 2019, di depan rumah tradisi etnik Rungus, di Muzium Sabah.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Seramai 21 peserta Gimpuhut yang terpilih daripada Pesta Magahau 2019 di zon masing-masing telah dibawa melawat Muzium Negeri Sabah, disini pada Rabu.
Peserta itu diketuai Duta Samora Tracy Chee dan ditemani Timbalan Presiden II Samora, Jose Madsinupu turut dibawa melawat rumah tradisi etnik Rungus dan juga rumah tadisi etnik lain di negeri ini, terletak berdekatan bangunan Muzium Sabah.
Jose berkata, lawatan itu sudah bermula pada Selasa dan diteruskan pada Rabu (kelmarin) dengan membawa bersama 21 peserta Gimpuhut yang mewakili zon mazsing-masing di seluruh Malaysia.
“Selepas Muzium, peserta Gimpuhut ini akan dibawa untuk melawat Rumah Anak Yatim di Tuaran.
Manakala pada sebelah petang peserta Gimpuhut ini akan dibawa untuk meninjau lokasi di ruang legar Wisma Tuan Fuad untuk penganjuran Sodop Tapak Tavasi atau Sodop Dumazou Gimpuhut yang akan diadakan pada 1 Ogos (Khamis),” katanya.
Majlis itu akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Acara kemuncak Pesta Magahau 2019 akan diadakan di Dewan Komuniti Terbuka Pekan Matunggong pada 3 Ogos 2019.
Pesta itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal, dan dijangka akan dihadiri kira-kira 6,000 pengunjung.
Sementara itu, Jose berkata, Pesta Magahau 2019 peringkat zon telah bermula di Kota Kinabalu pada 30 Jun, diikuti Matunggong, Wilayah Persekutuan Labuan, Pitas, Kudat, Beluran dan terakhir di Kota Marudu pada 28 Julai.
“Pada masa yang sama pertandingan Battle of The Band telah dilaksanakan pada 27 Julai, pertandingan Manurizak talah dilaksanakan pada 29 Julai,” katanya.
Katanya, sambutan Pesta Magahau tahun ini sangat menggalakkan dimana jawatankuasa peganjur disetiap zon telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan pelbagai acara yang telah diadakan disetiap zon terutama sekali pertandingan Gimpuhut, Manurizak atau pertandingan nyanyian dan pertandingan lagu tradisi, muzik tradisi, pembuatan kraftangan, minumam dan makanan tradisi.
Katanya, pesta itu bukan hanya dirayakan oleh kaum Momogun Rungus itu sendiri tetapi juga ia dirayakan bersama dengan suku kaum lain.
“Bagi pihak Samora dan jawatankuasa penganjur Pesta Magahau 2019, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas pimpian ketua menteri yang telah membantu dari segi kewangan untuk menjayakan program-program sempena penganjuran perayaan ini.
Begitu juga kepada kerajaan Persekutuan, Presiden Samora, Dato Dr. Jelani Hamdan serta penaja Real Buauty yang telah memberi penajaan Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) serta para penaja lain,” katanya.

More Stories
20 Gurulatih Bingkasan sertai Hiking di Bukit Kopungit
65 Karya Dipamerkan di Pameran Kaligrafi GAH-UMS
Galeri Azman Hashim UMS Bantu Martabat Karya Seni Tempatan