Dr.Lucas memalu gong tanda simbolik perasminan Sodop Papak Tavasi Pesata Magahau 2019
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora), Dato’ Dr. Jelani Hamdan berkata, Pesta Magahau yang diraikan oleh masyarakat Rungus di Sabah, kini setaraf dengan Pesta Kaamatan.
Beliau berkata, pesta itu disambut secara rasmi setiap tahun sejak 2005 hingga tahun ini, mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Bermula pada tahun 2016, sambutan Pesta Magahau telah disambut di peringkat zon, dengan 7 zon iaitu zon Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kota Kinabalu dan zon Semenanjung (kini zon Persekutuan).

Para pemenang pelbagai anugerah sempena Sodop Papak Tavasi
“Kita amat bersyukur dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah mengiktiraf Pesta Magahau sebagai satu perayaan di Sabah yang dimasukkan dalam kalander Kerajaan yang disambut setiap bulan Julai”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis “Sodop Papak Tavasi” (Malam Gala) Pesta Magahau Momogun Rungus Sabah 2019 di ruang legar Wisma Tun Fuad Stephens, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Presiden SAMORA, Encik Jose Modsinupu.
Naib Presiden UPKO, Datuk Dr. Lucas Umbul telah mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Tangau merasmikan majlis itu.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi UPKO, Datuk James Ratib, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, Encik Mansor Asun, Ketua Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Sabah, Encik Francis Au, Encik Jose Madsinupu (Pengerusi Pesta Magahau merangkp Timbalan Presiden SAMORA, Paransol Tiying, Ruhini Andong pengerusi MGM negeri Sabah dan duta-duta SAMORA
Jelani berkata, Pesta Magahau merupakan perayaan terbesar bagi kaum Momogun Rungus yang disambut sejak sekian lama oleh nenek moyang masyarakat itu, yang perlu dipelihara dan diberi sokongan agar ianya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
“Pesta Magahau dapat memulih dan menguatkan semangat masyarakat momogun Rungus.
Pesta ini adalah milik kita dan dirayakan bersama dengan kaum yang lain”, tegasnya.
Sementara itu, Dr Lucas ketika ditemui berkata, Pesta Magahau disambut secara gilang gemilang bukan sahaja oleh kaum Rungus, malah suku kaum yang lain.
“Program ini dapat memperkasakan seni budaya etnik-etnik yang ada di negeri Sabah, agar ianya dapat diwarisi oleh generasi-generasi akan datang.
“Di Sabah kita mempunyai Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, yang membantu, melihat dan memberi pengiktirafan kepada kaum-kaum etnik orang asal Sabah, agar ianya dapat didokumentasi dan dikekalkan selamanya”, tambahnya
Sementara itu, SAMORA turut memberi pengikhtirafan kepada individu yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan menyampaikan Anugerah Khas kepada Raymond Majumah bagi kategori Pendidikan Rungus Terbaik, Ronn Langad (Penyanyi Lelaki Rungus Terbaik), Jetrina Mojohn (Penyanyi Perempuan Rungus Terbaik), Rapot Sanggong (Group Etnik Band Rungus Terbaik), Masdin Hezzie Metol (Kompeser Rungus Terbaik), Charles Osingko (Komposer Rungus Terbaik), Brianna Marunsai (Penyanyi Harapan Rungus Terbaik), Clayrissa Hennry Ogodong (Pagent Rungus Terbaik).
Pemenang pertandingan Monurizak (menyanyi dalam bahasa Momogun Rungus) di menangi oleh Medkhatu Simpong, Naib Johan dan Ketiga disandang oleh Stefanus Nodibil dan Leffih Sawat.
Anugerah Momogun Model Of the year dimenangi oleh Lucia Bagangga. Momogun Emerging modal award of the year dimenangi oleh Haniza Matihon, Momogun Special Award of the year dimenangi oleh Jessie Anne James, Momogun Best Dress of the year dimenangi oleh Lisa Joseph, Momogun best catwalk of the year Stephanie Heng, Momogun Designer of the Year dimenangi oleh Cerry Ezia Julain dan Momogun Best MUAH of the Year dimenangi oleh Cyirlla Lorraine

More Stories
20 Gurulatih Bingkasan sertai Hiking di Bukit Kopungit
65 Karya Dipamerkan di Pameran Kaligrafi GAH-UMS
Galeri Azman Hashim UMS Bantu Martabat Karya Seni Tempatan