Peter cadang diadakan penganjuran sukan antara kemenerian

Peter membaling bola bowling tanda simbolik perasmian sukan bowling dwi tahunan KPI 2019, di gelanggang bowling CPS.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony mencadangkan agar kejohanan sukan diadakan diantara kementerian di negeri ini.

Beliau bekata,  cadangan itu akan dikemukakannya kepada Menteri Belia dan Sukan, Ginger Phoong Jin Zhe.

Peter (tengah barisan hadapan) bergambar bersama para pasukan bowling sukan dwi tahunan KPI 2019.

“Saya akan kemukakan cadang itu kepada KBS (Kementerian Belia & Sukan)  selaku peneraju sukan di negeri ini, ” katanya ketika merasmikan kejohanan sukan bowling dwi tahunan Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI),  bersama jabatan dan agensi dibawah kementerian itu di Gelangggang Bowling,  di Centre Point Sabah,  disini pada Sabtu.

“Saya melihat ada keperluan untuk mengadakan sukan antara kementerian bagi menggalakkan warga kerja perkhidmatan awam untuk bergiat d dalam sukan,” kata Peter.

“Kerana bersukan bukan sahaja untuk kesihatan jasmani, mewijudkan otak yang cedas, malah dapat memupuk perpaduan dan menjalinkan kearkaban jalinan silaturahin dikalangan warga kerja kementerian dan agensi dan jabatan kerajaan,” katanya.

Sementara itu,  Peter berkata,  sukan bowling adalah antara aktiviti sukan yang diadakan sempena dwi tahunan KPI Tahun 2019.

“Sebelum ini KPI  telah menganjur sukan badminton dan fursal dimana penganjuranya cukup berjaya.

“Sukan dwi tahunan KPI diadakan bertujuan untuk menggalakkan warga  kerja KPI serta ageni dan jabatan untuk bersukan.

Peter diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian sukan bowling dwi tahunan KPI 2019

Ini penting kerana kita mahu mewujudkan warga kerja yang sihat dan cergas,  disamping memupuk perpaduan yang sedia terjalin,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur,  Datuk Abdul Muis Picho, Setiausaha Tetap KPI Charles Ismail serta ketua-ketua jabatan dan agensi KPI.