ATLIT BERBASIKAL MAHU ULANGI SEJARAHKUASAI KEJOHANAN  DI ASIA

H. Vande bersama pengurus Rio sports Ringgo Tom, Johnny SCC KMDU , bekas jurulati Sabah Koboi Miala, Dan barisan pelumba muda Persatuan Berbasikal Kota Marudu

By: Aissac Bjsim 

KOTA MARUDU: Juara  keseluruhan  jelajah Master Asia tahun  2018 H.Vande Lanjim 34’  berhasrat  mahu mengulangi kejayaan  beliau pada kejohanan terbuka UCI  Asia Championship  MTB   dalam   ketegori Master acara   basikal bukit  pada siri kejohanan jelajah  Asia tahun ini.

Vande   optomis  jika  acara kegemaranya  XCO  yang bakal diadakan di  Siol, Kuching Sarawak  pada penghujung    bulan Ogos ini  cukup persediaan tidak mustahil  dia akan mengulangi  kejayaan walaupun  mengakui  menghadapi cabaran  sengit dalam  kejohanan jelajah  Asia  XCO  sebelum itu  dengan peserta Filipina, Jepun dan juga Indonesia.

Sehubungan itu  Vande yang  berasal dari  kampung Sumbilingon Kota Marudu  mengakui sekiranya  pihak Jabatan Belia dan Sukan  atau Persatuan Berbasikal Sabah dapat membina  trek perlumbaan bagi  basikal acara XCO  sudah tentunya  ramai  lagi pelumba yang akan muncul  dan menjadi pelumba handalan setanding dengan  pelumba dari Jepun, Filipina, Indonesia, Australia.

Katanya,” bagi menjadi pelumba yang kuat dan digeruni  oleh pihak lawan  kita perlu mempunyai  trek sendiri sebagai tempat latihan, justeru itu  di Kota Marudu adalah merupakan  tempat yang amat sesuai dijadikan  trek bagi  perlumbaan  basikal lasak.

“Jikalau  kita mahu   meraih emas pada mana-mana kejohanan lumba basikal di ASIA  perlu mempunyai trek sendiri  agar para pelumba dapat berlatih dan  memudahkan jurulatih  menjaga dan menilai prestasi pelumba, baru lah kita  dapat bersaing  dengan  pelumba luar negara”, katanya.

Vande (gambar) yang mewakili kelab 88 Biker Kota Kinabalu pernah menaiki podium  beberapa kali mewakili Malaysia ke kejohanan  MTB Championship  Asia Brunei, Filipina, Indonesia dan  Sarawak. Tahun lalu  Keningau  menjadi  venue perlumbaan bagi peringkat Asia  mendapati bahawa para pelumba Jepun, Kazakhstan, Taiwan   mempunyai  kelebihan  kerana  mempunyai trek sendiri   yang baik dan  mendapat  bimbingan  jurulatih.

“Kita tidak menyertai kejohanan siri  UCI  Junior Asia  2019 Jepun  Mei lalu, Jepun  kerana kekurangan persediaan dan dana,  Jepun  merupakan Negara  pertama menganjurkan  dan diakhiri  di Siol, Kuching Sarawak  pada 25 Ogos ini.  Ianya dianjurkan bersama UCI Junior World XCO  siri dimana setiap pelumba diseluruh dunia akan menyertainya” katanya.

Di Podium.. Barisan juara juara keseluruhan Asia MTB championship XCO 2018..Tiga dari kiri H. Vande bersama Presiden SCA Raijas Aning Dan pemenang dari Felipina, Khazstan, Indonesia Dan Malaysia

Menurut  kalendar  UCI  2019  Asia Mountain Bike  XCO  DHI  dan Junior  XCO siri   jadual  terdekat  pada  11 dan 12 Oktober  iatu di pulau Siargao Filipina dalam kelas 2 World siri dan menyusul  pada 14 September di  Timor Leste, dan kembali di Jepun  pada bulan Oktober  dan berakhir di Sabah pada  15 Desember sebagai tuan rumah.

“Jadi peluang kita untuk meraih  juara keseluruhan  menerusi  sukan basikal  lasak  amat baik, sekiranya tempat bertanding bagi perlumbaan akhir diadakan di Malaysia akan ditempatkan di Kota Marudu” katanya.

Jelajah Asia UCI akan terdapat  empat kategori yang boleh diberikan  perhatian iaitu disiplin menuruni  bukit Downhill, MTB XC,  XCO dan  juga basikal  BMX” katanya.

Sementara itu pengerusi  Persatuan Berbasikal daerah Kota Marudu Johnny Lee Mo Chai berharap  agar Persatuan Berbasikal Sabah  menimbang  cadangan   tersebut  bagi  menjadi daerah Kota Marudu  dipilih menjadi  venue perlumbaan  basikal lasak Asia siri  yang akan bakal diadakan akhir tahun ini  di Sabah.

“Harapan kita jika diberikan peluang menjadi tuan rumah di Kota Marudu tempat untuk bertanding sudah bersedia  mengalas  tanggungjawab cuma menunggu pengesahan teknikal dan sokongan  dari Persatuan Lumba Basikal Sabah “katanya.