PENGHARGAAN…Yolanda Chong menyampaikan cenderakenangan Phoong Jin Zhe
KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Phoong Jin Zhe kagum dan memuji persembahan balet oleh 200 penari balet tempatan yang menunjukkan prestasi tinggi walaupun dalam usia muda.
Phoong juga menyatakan kebanggannya atas kejayaan Yolanda Dance Studio dalam penganjuran konsert tarian balet kali ke-2 yang bertema “The Ballet Gala”di Kota Kinabalu, pada 8 Disember lepas.
Seramai 200 penari balet yang berusia 4 tahun dan ke atas menyertai persembahan itu dan menunjukkan persembahan tarian yang menarik dan berprestasi tinggi.

Phoong mengucapkan tahniah dan memuji Pengarah Yolanda Dance Studio, Yolanda Chong dan 200 penari balet yang bertungkus lumus berlatih dan membuat persediaan sejak bulan Jun untuk menjayakan konsert tersebut.
Beliau menyeru anak-anak muda untuk terus berusaha dan berlatih dengan gigih, agar mencapai kejayaan yang diingini. Beliau juga berharap balet di negeri Sabah terus berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
Phoong menegaskan, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah amat komited untuk memperkasakan anak-anak muda di Sabah, dan sentiasa memberi sokongan yang kukuh kepada persatuan dan organisasi yang ingin menganjurkan aktiviti untuk manfaat golongan belia.

More Stories
20 Gurulatih Bingkasan sertai Hiking di Bukit Kopungit
65 Karya Dipamerkan di Pameran Kaligrafi GAH-UMS
Galeri Azman Hashim UMS Bantu Martabat Karya Seni Tempatan