POLIS MARIN SANDAKAN RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI RM72,550

Saspek (kanan) bersama rokok seludup yang dirampas oleh PPM Sandakan

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan telah berjaya membuat rampasan rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai RM72,550 yang cuba dipasarkan di daerah ini kelmarin.

“Sepasukan anggota dari Unit Risikan PPM Sandakan telah menahan dan memeriksa seorang lelaki berusia 13 tahun bukan warganegara dalam keadaan mencurigakan yang berada di kawasan tong sampah berdekatan Blok HS-6 Jalan Pryer, bandar Sandakan jam 9.40 malam,” kata Komander PPM Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lelaki tersebut telah menemukan barangan bercukai rokok jenama Astro Hijau sebanyak 35 carton, Astro Merah sebanyak 15 carton, Era Biru sebanyak 55 carton Rokok jenama LA sebanyak 10 carton, Rokok jenama Premium sebanyak 20 carton dan Rokok jenama Absolute sebanyak 10 carton dijangka bernilai RM72,500 termasuk cukai, kata Mohamad Pajeri.

Kesemua tangkapan dan barangan tersebut dirampas di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 kerana cuba dipasarkan tanpa membayar cukai. Semua barang rampasan telah di bawa ke Markas Operasi PPM Sandakan,tambah beliau.

Laporan polis telah di buat di Balai Polis Sandakan dan barang rampasan dirujuk ke JSJ Sandakan untuk tindakan selanjutnya, kata Mohamad Pajeri.

Menurutnya lagi, PPM sentiasa mengatur gerak aset bersama pegawai dan anggotanya menjalankan operasi dan rondaan di perairan bagi memastikan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dapat dibanteras.

Justeru itu, kerjasama daripada masyarakat setempat dalam menyalurkan maklumat sangat diharapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *