Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan telah merampas sebuah pam bot atas kesalahan dibawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.
Komander PPM Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri bin Ali berkata, pada Okt 10 jam lebih kurang 10.00 pagi, semasa sebuah bot ronda PPM Sandakan sedang menjalankan tugas rondaan ‘Op Pensura’ di kawasan laut Batu 3 telah merampas dan memeriksa sebuah pam bot yang dijuragani oleh seorang lelaki.
Lelaki tersebut kemudiannya terjun melarikan diri ke kawasan hutan bakau. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran, kata Mohamad Pajeri.
Mohamad Pajeri berkata nilai pam bot dan enjin pam dianggarkan berjumlah RM1,800. Rampasan pam bot akan diserah kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Cawangan Sandakan untuk tindakan selanjutnya.
Mohamad Pajeri menegaskan pegawai dan anggota serta aset-aset PPM Sabah sentiasa menjalankan rondaan di perairan dan pesisir pantai bagi menjamin keselamatan dan keamanan negara.
Kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat sangat diperlukan bagi membanteras pelanggaran undang-undang, tambah Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK