LELAKI WARGA ASING DITAHAN PPM TAWAU BAWA BARANG KAWALAN TANPA KEBENARAN

Lelaki warga asing (kiri) yang ditahan oleh PPM Tawau kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa kebenaran kelmarin

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU:  Seorang lelaki warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM)  di tempat letak kereta berhadapan Pasar Ikan Tawau kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa kebenaran kelmarin.

Menurut Komander PPM Sabah ACP Hj Mohamad Pajeri Ali, hasil maklumat risikan dan pemantauan, sepasukan PPM Tawau dalam operasi ‘Op Gelora Khas’ telah membuat serbuan dan berjaya menangkap saspek berumur 28 tahun yang menggunakan kenderaan persendirian jenis Proton Wira kira-kira jam 9.30 pagi.

‘Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan membawa 5 biji tong gas berisi LPG  yang disembunyikan diruang belakang kenderaannya.

agaimanapun lelaki berkenaan gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas kesemua barang-barang kawalan yang dibawanya.” kata Mohamad Pajeri.

Lelaki beserta kenderaan dan barang rampasan diarah ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Nilai keseluruhan rampasan termasuk 5 biji tong gas berisi LPG dan sebuah kenderaan  dianggarkan berjumlah RM10,000, tambah beliau.

Kes akan dirujuk ke KPDNHEP cawangan Tawau dan akan disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 22(1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan, kata Mohamad Pajeri lagi.