POLIS MARIN TAHAN 2 LELAKI TIDAK MEMILIKI DOKUMEN PENGENALAN DIRI

Seorang anggota polis marin (kanan) mengawasi kedua-dua saspek selepas mereka ditangkap tidak memiliki dokumen pengenal diri yang sah.

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU: Sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau  semasa penugasan “Ops Gelora”  telah tahan  sebuah bot fiberglass di kawasan Simpang 3 Sungai Serudong  kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, “Hasil pemeriksaan mendapati juragan seorang lelaki warga Indonesia berumur 29 tahun dan  seorang anak perahu lelaki berumur 37 tahun sedang memancing pada jam 10.45 pagi

“Kedua-dua lelaki berkenaan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Juragan dan anak perahu ditahan dan bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran, diiring masuk ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” kata Mohamad Pajeri.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 7,000 termasuk 1 unit enjin Yamaha 15 hp dan sebuah botlaju.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan atau kompaun sehingga RM3,000, tambah beliau.