Oleh Faizal Rahman
Lahad Datu : Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan persisiran pantai Kampung Sibahat, Felda Sahabat telah menjumpai 9 buah gelen pelbagai warna yang ditanam di kawasan persisiran pantai tersebut pada hari Ahad.
Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali, berkata, “Semasa menjalankan tugas dengan berpandukan maklumat yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin(URM), sepasukan PPM Lahad Datu telah menjumpai kawasan yang mencurigakan dan telah membuat intipan pada jam lebih kurang 5.30 petang.”
Anggota polis marin kemudian telah menemukan sebanyak 9 buah gelen pelbagai warna yang ditanam di kawasan persisiran pantai tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kandungan di dalam kesemua gelen mengandungi cecair jenis petrol, kata beliau.
Gelen yang berisi petrol tersebut disyaki akan diseludup ke negara jiran. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM437.40 dan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut, tambahnya.
Beliau memberitahu bahawa kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, jika sabit kesalahan boleh didenda RM 1 jutas bagi pesalah perseorangan dan penjara tiga tahun.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK