Oleh Wartawan BS
9 Februari 2020
BEAUFORT: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila pergelangan tangan kanan dan kaki kiri putus dipercayai dilanggar dan digilis kereta api di landasan kereta api Kampung Bakalau, di sini, pagi tadi.
Kejadian itu disedari oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak polis jam 7.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, sebaik menerima panggilan daripada orang awam, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Pegawai penyiasat yang tiba di lokasi menemui mayat lelaki berada di tengah-tangah landasan dalam keadaan tertiarap. Mangsa Charlieyon Dasmon, 27, warga tempatan.
“Mangsa mengalami parah di bahagian kepala (tengkorak pecah), putus pergelangan tangan kanan dan pergelangan kaki kiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmir berkata, siasatan mendapati pada hari sama kira-kira jam 5 pagi, sebuah kereta api bertolak dari stesen Beaufort menuju ke stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu, dipandu lelaki berusia 52 memberitahu bahawa tidak menyedari kejadian itu sehingga dimaklumkan oleh kakitangan di stesen Beaufort.
“Berdasarkan rakaman percakapan Isteri mangsa mendapati mangsa selalu tidak pulang ke rumah dan minum minuman keras bersama rakannya.
“Kali terakhir mangsa keluar rumah dan pergi kerja pada 7.30 pagi semalam,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK