Oleh Wartawan BS
9 Februari 2020
KOTA KINABALU: Polis menahan tujuh pelajar lelaki selepas disyaki terbabit membelasah seorang rakan sekolahnya di kawasan taman awam, Taman Nelly, di sini, 5 Februari lalu.
Semua suspek pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah ini ditahan polis di hadapan sekolah berkenaan, jam 10.25 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua suspek di bawa ke Balai Polis Karamunsing, di sini, untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati punca suspek menyerang mangsa masih belum dapati dipastikan kerana mangsa menyatakan tidak mempunyai masalah dengan semua suspek terbabit sebelum ini.
“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami bengkak di bahagian belakang kepala dan sakit di bahagian tengkuk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Habibi berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 5 Februari lalu sebelum tular di laman sosial pada keesokknya.
Mangsa lelaki berusia 15 tahun turut membuat laporan polis pada keesokkan harinya.
Pada 6 Februari lalu, satu rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lelaki termasuk menggunakan kayu dan kejadian itu tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Video berdurasi 49 saat itu turut memaparkan beberapa pelajar yang melihat pergaduhan itu kemudian campur tangan hingga menyebabkan pergaduhan sesama sendiri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK