SEOUL, 25 Feb – Rakyat Korea yang berada Kiev dinasihati oleh Kedutaan Korea Selatan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku berikutan kebimbangan serangan tentera Rusia ke atas pelbagai kemudahan di Ukraine.
“Terdapat kemungkinan kejadian huru-hara di Kiev dan bandar-bandar utama yang lain, termasuk gangguan bekalan elektrik dan komunikasi, kebakaran dan letupan, manakala pelakunya mungkin sukar dipastikan,” jelas Kedutaan Korea dalam laman sesawangnya.
Menurut Kedutaan Korea Selatan, kakitangan kedutaan sudah bersedia dan sentiasa memantau keselamatan rakyat Korea Selatan yang masih berada di Ukraine.
Selain itu, kementerian luar turut melaporkan, seramai 64 warga Korea masih berada di negara itu dan 28 daripadanya berhasrat kekal di sana, meskipun kerajaan berulang kali menasihati rakyatnya untuk meninggalkan Ukraine.
Sebelum ini, kementerian berkata pihaknya akan memindahkan kakitangan kedutaan dan rakyatnya dari Kiev pada Jumaat dengan menggunakan jalan darat.
Bagaimanapun, kedutaan akan terus beroperasi demi memastikan keselamatan rakyat Korea Selatan yang masih berada di Ukraine.

More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’