KOTA KINABALU, 25 Feb: Seorang lelaki berusia 25 tahun meninggal dunia dipercayai dibunuh kerana menagih hutang sebanyak RM3,000 di Jalan Kionsom Inanam di sini, Selasa lepas.
Difahamkan, mangsa ditemukan oleh isteri dan ahli keluarganya dengan keadaan tertiarap serta terdapat kesan jerutan di bahagian leher.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku membunuh mangsa dengan mencekik lehernya sebelum menjerut mangsa sehingga mati.
Katanya, punca ataupun motif pembunuhan berlaku kerana suspek merasa marah apabila mangsa menagih hutang sebanyak RM3,000 lebih daripada suspek.
“Pada awalnya mangsa dan suspek bersetuju untuk berbincang mengenai hutang yang belum dilunaskan suspek, namun belaku pertengkaran semasa perbincangan yang menyebabkan suspek menjadi marah.
“Suspek kemudiannya, mencekik dan menjerut mangsa menggunakan kabel yang ada di dalam kenderaan suspek.
“Seterusnya, bertindak mengheret mangsa keluar dari kereta sebelum meninggalkannya di kawasan semak berkenaan,” kata Zaidi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kelmarin.
Dalam pada itu, Zaidi berkata mangsa sempat menghantar lokasi kepada bapanya yang sedang menunggu di bengkel terbabit selepas menyedari keadaannya terancam.
“Suspek berusia 43 tahun kini direman selama tiga hari dan polis percaya kes bunuh ini sudah diselesaikan dengan penahanan,”katanya.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK