TUARAN: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pantai Shahbandar, di sini, semalam ditemui lemas awal pagi tadi.
Mayat Mohd Nabil Abdullah, 15, ditemui pada jam 5.50 pagi oleh pasukan bomba dan ahli keluarga yang sama-sama menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, mangsa ditemukan pada jarak 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, mangsa dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda bersama keluarga kira-kira jam 5 petang Rabu.
Mohd Nor Amit berkata, sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.52 petang.
“Pasukan bomba menjalankan operasi SAR di kawasan sepanjang pantai serta mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu,” katanya.
Tambahnya, operasi ditamatkan jam 8.30 pagi. – Info X
More Stories
KOKINAPRO: New Gold Savings Store Opens
Perdana Menteri puji ketenangan Hajiji hadapi hiruk-pikuk politik
Lelaki bawa rokok seludup ditahan polis