Ruslinah dan Joviron  kuasai larian terbuka SK Nibang 2019

Aksi juara, Ruslinah ketika hendak menamatkan larian berbukit sejauh 8k larian SK Nibang

By Aissac Bjsim

PITAS-KOTA MARUDU: Ruslinah Duku 23, dan  adik Joviron Andik 14,  menguasai  larian sempena mini kanival pendidikan SK Nibang  2019.

Ruslinah  dari kampung Nungu mencatat  masa 58.08, naib johan dimenangi  Rosidah Songki 21  pelajar UMS dari kampung Nibang  dengan masa 1:07.15 dan ketiga AS.Hafidah Maiwod  dengan catatan  1:19.30 diikuti  Lennysia  Jawan,  Mastina Sangki, Cikgu Christina Jungin  mewakili SK Dandun,  Juriah Masail, Haniah Zulkarnain  dan Realevita Jeafferey.

Roslinah  menerima wang tunai RM150 dan medal berkata,   penyertaan  pada kali pertama  larian mini karnival pendidikan  tersebut  menarik minat kerana ingin mencuba kebolehannya serta ingin meraih  hadiah disediakan  penganjur nyata usaha  berbaloi,  “ larian secara jogging  setiap  petang menaiki dan  menuruni bukit nyata membuahkan hasil”, katanya kepada BS.

Di Podium Ketegori Wanita yang berjaya menamatkam larian berbukit 8k, Ruslinah bersama pemenang lain.

Dalam pada itu Roslinah yang ditemui BS berkata, dia bersedia menyertai larian atau acara marathon yang  lebih mencabar lagi jikalau diberikan peluang atau kesempatan ataupun mendapat tajaan dari mana-mana ahli koprat mahupun syarikat sukan berminat mahu menajanya

Manakala dalam kategori lelaki terbuka pula dimenangi peserta pilihan  adik Joviron Andil 14, bersekolah di SMK Pinggan-Pinggan dengan catatan  masa  1:21.18  meninggalkan  sepuluh  peserta  lain,  tempat kedua  dimenangi Jusmin Agas dan ketiga  Hajyjy Sudin (Catatan masa tidak diperolehi) dan peserta lain mendapat saguhati  terdiri  Jendron Ogindok, Anthony Ogindok,  Steven Sudin,  Lazarus Yuslen,  Masinat Sikok, Zecklee Teddy dan Khairuddin Jamlin.

Ketegori lelaki 12k, adiik Jeveron Menguasai Podium

Sementara itu adik Joviron yang terpaksa ponteng sekolah semata mata mahu menyertai larian karnival berharap  hadiah kemenangan itu akan menjadi pembakar semangat untuknya lebih bergiat dalam sukan berlari disamping  mahu  belajar lebih rajin bagi mencapai cita-citanya sebagai guru sukan apabila tamat sekolah nanti.

Guru besar  SK. Nibang  Kinchin Baluot  berkata, Larian mini kanival pendidikan yang telah berlangsung  pada  Isnin  lalu   menerima sebanyak 20 penyertaan, iaitu 11 peserta bagi lelaki terbuka  sejauh 12 kilometer manakala  9 orang peserta  bagi wanita dengan jarak sejauh 8 kilometer,   peserta terpakasa  melalui  jalan raya  yang  berbukit  bukau sepanjang lalu.

Mengabadikan kenangan sejurus selepas berjaya menaikan larian sempena mini kanival pendidikan SK Nibang 2019

Katanya, Sukan mampu pupuk semangat patrotisma  yang mampu menarik lebih ramai penyertaan  terutamanya dikalangan belia,  diharapkan  usaha  penganjuran pada julung julung kalinya bagi SK Nibang  membuktikan bahawa sukan  lari atau mini marathon turut menarik peserta  walaupun sedikit.

Katanya, istimewanya  setiap  peserta larian tersebut tidak dikenakan  yuran  penyertaan manakala hadiah agak lumayan kepada pemenang hadiah bagi johan RM150, kedua RM80 Dan ketiga RM50. Serta madel kepada setiap peserta larian.

“Program  seumpama ini  boleh dijadikan  mendan pencetus kepada  minda masyarakat setempat   agar gemar bersukan memandangkan suasana  persekitaran  yang berbukit bukau amat sesuai untuk cabaran tersebut sambil mencari bakat bahru yang boleh diketengahkan selain untuk  melahirkan genarasi sihat.  ”Katanya.

Hadiah-hadiah wang tunai  dan medal  disampaikan PK Kokum  SK Nibang Cikgu  Jabrin Oyoh dibantu pengurus larian Saifuan Anggun.