Pelari tempatan tenggelam oleh para pelari Africa, Usaha perlu Di gandakan bagi saingi pelari luar negara, kata Fabian(Tengah)
Oleh Aissac Bjsim
LABUAN: Usaha kerajaan, Syarikat dan NGO menjadikan Labuan sebagai destinasi venue utama bagi penganjuran sukan tempatan dan antarabangsa amat dialu alukan.
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Hj.Isli berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan badan NGO dan syarikat serta agensi kerajaan bagi tujuan menganjurkan bersama acara-acara sukan seumpama itu bagi melahirkan masyarakat sihat disamping mewujudkan masyarakat cintakan riadah bersukan seiring dengan slogan ‘Majulah Sukan Untuk Negara’.
“Sukan memainkan peranan penting bagi memperbaiki dan meningkatkan kesihatan disamping medan bagi menguji keupayaan fizikal serta dapat bersaing dengan sihat, sukan khasnya berlari mampu menyihatkan tubuh badan” katanya.
Rozman berucap ketika merasmikan penutupan larian Ulang tahun ke-20 Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd ( LLPM) di kampung Tunasi Hijau Sg.Miri pada Ahad.
Dalam kategori lelaki terbuka, dikuasai pelari dari benua Afrika John Muirui Mburu 1:05:30 johan dan rakan Kipchirchir Lel di tempat ke-2 1:10:28 ( Kenya ) , ke-3 Younes Ammouta 1:12:06 (Morocco ) diikuti pelari Sabah Fabian Osman Daiman, 1:16:47, Menyusul Safree Sabdin 1:16:52, Wincentbert Lantius 1:16:59 , Mastin Mohd Yussop 1:20:48, (Sabah) Aizan Sofian Ahmad 1:22:12 ( Brunei) Mohd Faizal Wahid 1:24:28, dan Carlsen Neevan Christopher 1:27:26

Ketegori lelaki veteran dimanangi Jusery Gani 1:21:07 (Keningau) naib johan Ruston Masri 1:21:22 ( KMDU Sabah) disusuli Mohd Zulkarnain Abdullah 1:26:47, Hj Mohd Baharuddin Hj Ahmad 1:26:53, 31:03, disaingi Jasri Sabin 1:27:24, Zainor Sam Md Zain 1:28:08, Janius Anak 1:28: 57 (Matunggong Sabah) Yatim Zainal Abidin 1:29:29, Guianus Salagan 1:31:34 dan Albert Andu Pailus 1:32:01

Dalam pada itu penguasaan dalam kategori wanita Veteran diungguli pelari elit Epang Sarawai (gambar) ( KMDU) 1:44:43 , Naib johan Kona Liau 1:49:01( Pitas ) ke-3 Hamsiah Antahar 1:51:18 diikuti Liza Joseph Jipin 1:53:01 ( Beufort ) Chong Nun Lung 1:56:27 (KK) Annie Linus (Tambunan) 1:59:00 , diikuti Santi Jasmeer Bahar 2:01:10, Tan Ti Jiuan ( KL ) Rani Dawat 2:05:31 ( Sabah) dan Stlea Thomas Julia 2:06:47.
Manalaka dalam kategori wanita terbuka menyaksikan seorang doktor gigi dari Keningau Dr.Madeline See Lie Chie 1:44:24 meraih johan, sementara naib johan dimenangi Mailin Salungin Ripau 1:51:08 dan tempat ke-3 dimenangi oleh Sinapilin Sarawi 1:59:26 (KMDU Sabah).

Perlumbaan itu bermula di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Miri pada jam 6:00 pagi dan melalui Jalan Bebuloh, Kampung Sungai Bedaun, Kampung Bukit Kalam, Layangan, Sungai Labu, Sungai Lada dan kembali ke Desa Tunas Hijau.
Peserta mengambil bahagian dalam dua acara larian iaitu 20 kilometer dan Fun Run sejauh 5 kilometer, Fun Walk yang turut disertai para VIP.
Acara dilepaskan oleh YB Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman bin Hj Isli, Pengerusi Eksekutif Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman, Pengarah Operasi LLPM Datin Seri Norsiah Abdullah, Pengurus Besar LLPM Ghani Paijan, Pengurus Kanan Azhar Othman, Pengurus Pusat Pelancongan Labuan (Lembaga Pelancongan Malaysia) Norhidayah Mohd Nor.
Disamping itu, pelbagai hadiah menanti peserta bertuah larian LLPM tahun ini melalui acara cabutan ticket bertuah yang mana hadiah utama berupa sebuah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang telah menarik 1,200 penyertaan dari dalam dan luar yang pemenangnya akan ditentukan melalui cabitan ticket bertuah.
Hadiah utama ini menjadi milik peserta bertuah, pelari veteran dari Kota Marudu, Benjohn Simbaku, apabila nombor penyertaan beliau bertuah dicabut oleh Datuk Rozman Datuk Hj Isli Ahli Parlimen Labuan.

“Ini bukan sekadar hadiah cabutan bertuah tetapi juga berupa hadiah harijadi beliau sempena hari ulangtahun kelahirannya yang ke-55,” kata Rozman ketika menyampaikan hadiah utama tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif LLPM Datuk Seri Mohd Alias Abd. Rahman berkata sumbangan syarikat tersebut kepada acara seumpama itu merupakan salah satu sumbangan sosial masyarakat terhadap penganjuran sukan disamping beramal kepada golongan asnaf di mana seramai 20 orang asnaf dari Kampung Sungai Miri menerima sumbangan daripada pihak LLPM yang disampaikan Datuk Rozman
Menurutnya, larian seumpama itu akan diadakan pada lima tahun akan datang dan diharap acara lebih besar akan diadakan memandangkan syarikat tersebut merupakan kepunyaan Bumiputera yang kian bergerak maju kehadapan, katanya.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee