YANG di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 2018 Peringkat Negeri Sabah kepada Datuk Matussin Awang Damit (dua dari kanan) sambil diperhati Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) ketika Sambutan Ma’al Hijrah 2018 Peringkat Negeri Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). – Foto Khairull Azry Bidin
KOTA KINABALU: Sabah memiliki kelebihan untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi berikutan kawasan tanah yang luas dan sumber asli yang banyak sebagai aset utamanya.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata negeri ini mempunyai kawasan tanah yang luas untuk pertanian dan perladangan selain sumber asli yang pelbagai untuk tarikan sektor pelancongan.
“Jika semua perancangan berjalan lancar, Insya-Allah, Sabah akan menjadi antara negeri pesat membangun dan tiada siapa yang akan dipinggirkan daripada menikmati aliran pembangunan serta kemajuan negeri.
“Dalam hal ini, rakyat perlu `membuka mata’ dan merebut setiap peluang yang ada untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negeri,” katanya dalam ucapannya sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.
Terdahulu, Juhar dalam ucapannya turut meminta rakyat meningkatkan usaha ke arah kemajuan dan hidup yang lebih baik tanpa meminggirkan sikap saling hormat-menghormati.
“Islam adalah sebagai panduan ke arah perpaduan dan kasih sayang. Marilah kita bekerja keras ke arah keamanan dan hormat-menghormati di antara satu sama lain,” katanya.
— bharian

More Stories
Cradle Open Day 2024 Tingkat Inovasi Dan Pertumbuhan Ekosistem Startup Di Sabah
Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion
Harga petrol, diesel kekal