KOTA KINABALU, 7 MAC – Sabah mencatatkan sebanyak 1,515 kes baharu COVID-19 iaitu pengurangan sejumlah 263 kes hari ini berbanding Sabtu (1,778).
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 479 kes, Tuaran (133), Penampang (103), Papar (87) dan Keningau (76).
Dalam pada itu, sebanyak 460 buah premis telah diperiksa dan 16 keping kompaun telah dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Dalam bilangan itu , 8 keping kompaun telah dikeluarkan di Tawau, Kota Kinabalu (3) , Sandakan (3) dan Penampang (2).
Kesalahan yang dikompaun adalah gagal menggunakan aplikasi MySejahtera, tidak memakai pelitup muka, dan membenarkan individu tidak lengkap vaksinasi berada dalam premis.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ