TAMAPRULI, (26 April 2019): Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian mengesa sekolah-sekolah supaya terus bekerja keras dalam usaha melahirkan pakai-pakar terutama pakai ekonomi.
Dengan mengambil contoh negara Korea Selatan yang pada suatu masa dulu agak miskin dan ketinggalan dari segi ekonomi, Korea Selatan telah mampu bersaing dengan negara-negara maju di zaman sekarang kerana kekuatan ekonominya.
“Dalam tempoh yg begitu singkat, Korea Selatan telah bangkit menjadi antara kuasa ekonomi yang terkuat di dunia dan semua ini berlaku kerana hasil kerja keras dan pendidikan yang cermerlang. Dengan adanya ramai pakar2 ekomoni dari Sabah suatu hari nanti, beliau berharap Sabah akan mampu menjadi ekonomi “warrior” dan rakyat Sabah akan hidup lebih maju dan selesa,” katanya.
Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah kecermerlangan 2019 Sekolah Menengah Advent Tamparuli di Pekan Tamparuli pagi ini.
Madius juga mengesa supaya murid-murid mengambil contoh disiplin yang begitu baik dari Jepun tentang kebersihan dan pembuangan sampah. Rakyat Jepun begitu prihatin dengan kebersihan dan di mana-mana bandar di Jepun termasuk ibu Kota Tokyo, keadaan begitu kemas dan bersih. Sikap, disiplin dan keprihatinan tentang kebersihan harus dicontohi oleh murid-murid sekolah.
Dalam majlis tersebut, Madius juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang mendapat keputusan cermerlang dalam perperiksaan PT3 dan SPM. Beliau juga menyerahkan sumbangan biasiswa kepada 14 murid yang telah ditaja oleh PIBG sekolah hasil sumbangan oleh ahli-ahli parti UPKO dan orang ramai.

More Stories
Cradle Open Day 2024 Tingkat Inovasi Dan Pertumbuhan Ekosistem Startup Di Sabah
Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion
Harga petrol, diesel kekal