KOTA KINABALU: Tiga daerah di utara dan pantai timur Sabah diisytihar kawasan bencana berikutan banjir yang melanda beberapa kampung sejak malam tadi.
Daerah terbabit ialah Sandakan, Beluran dam Pitas, masing-masing diisytihar banjir bermula pada jam 4 pagi tadi, 11 malam tadi dan 9.45 pagi tadi.
Di Sandakan, kawasan yang terjejas setakat ini ialah di Kampung Sungai Memanjang dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Masjid Nur Iman, Sungai Memanjang daj Masjid Nur Hidayah, Kampung Garinono.
Pemindahan mangsa dilaksanakan sejak pagi tadi setelah kediaman penduduk mula dinaiki air dan tidak selamat untuk diduduki.
Sementara itu, seramai 65 mangsa sudah dipindahkan di dua PPS di Beluran sejak malam tadi, masing-masing 20 mangsa di Dewan Kampung Balaban Jaya dan 45 mangsa di Dewan Kampung Sungai Nangka.
Di Pitas, belum ada PPS dibuka setakat ini, namun belum ada laporan pembukaan PPS oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Asdie @ Mohd Faizal Hussin.
Banjir di tiga daerah terbabit berpunca daripada hujan berterusan sejak semalam yang menyebabkan paras air beberapa sungai meningkat hingga melimpahi tebing dan membanjiri kawasan rendah.
Berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain banjir, kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Taman Sentosa Sandakan pada jam 9 pagi tadi. – Info X

More Stories
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional