SEBUAH RUMAH DI KAMPUNG INDERASABAH, TAWAU MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU : Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Inderasabah hampir 35 KM dari sini pada hari Isnin.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah  panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima jam 5.16 petang melalui talian MERS.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau kemudian digerakkan ke lokasi kejadian. 

Operasi melibatkan 2 buah jentera FRT, 1 buah Water Tanker dan 1 buah jentera kecemasan (EMRS) diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rosliee Suyut bersama 13 orang anggota dengan Pasukan Bomba Sukarela Apas Balung bersama 3 anggota. 

Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.10 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.28 malam. 

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.