Salmah menyampaikan surat rasmi permohonan pembinaan Dewan terbuka bagi keperluan pelajar kepada Timbalan Ketua Bahagian Warisan Kota Marudu Datu Sardik yang menrrimanya bagi pihak Mohammarin
Oleh Aissac Bjsim.
KOTA MARUDU: Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Lama (Bandau) Kota Marudu digermelapkan dengan lebih 2,000 helai jalur gemilang dan bendera Sabah sempena sambutan dan penutupan Hari Malaysia 2019 yang dijayakan oleh para murid, guru-guru serta ahli-ahli PIBG bagi meraihkan sambutan yang julung kalinya diadakan.
Timbalan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Mohhamad Mohamarin dalam uacapan beliau berkata Sambutan Hari Kebangsaan merupakan satu tarikh yang perlu sentiasa diingatkan dan dikeramatkan bukan sahaja oleh para pemimpin masyarakat masa kini tetapi khususnya oleh generasi yang akan dating kerana hari ini adalah hari bersejarah apabila negara kita telah bebas dari cengkaman penjajahan.
“Saya percaya sebagai rakyat Malaysia yang baik, patut merasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta mempraktiKkan nilai-nilai murni yang dapat menyatu-padukan rakyat dan memperkasakan Malaysia yang kita cintai. Setelah 62 tahun merdeka keadaan Negara kita jauh berbeza daripada mula-mula merdeka. Pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dapat menjamin kesejahteraan rakyat disamping memiliki dan menikmati pendidikan yang tinggi dan kemapuan untuk berjaya,” Katanya.

Beliau yang juga Ahli dewan Undangan Negeri N.1 Banggi berkata, sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah paling lama dan yang pertama dibina oleh kerajaan British di Kota Marudu (Bandau) dan ianya merupakan sebuah sekolah yang telah banyak berjasa dan melahirkan ramai cendikiawan serta penjawat awam yang terkemuka.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Saneleh Daud Timbalan PPD Kota Marudu merangkap Pegawai Bahagian Pembelajaran. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa sebuah blok bangunan baharu bakal dibina bagi menggantikan bangunan yang uzur dan tidak selamat digunakan. Bangunan itu nanti akan mempunyai empat bilik darjah yang boleh mengatasi kekurangan bilik darjah dan bilik sains di sekolah tersebut.

Sebelum itu Guru Besar SK Pekan Lama Puan Salmah Haji Achil berkata, sekolah tersebut amat memerlukan sebuah dewan serba guna bagi menjalankan pelbagai aktiviti pelajarnya serta sebagai kegiatan kokurikulum dimana sebelum ini pelajar terpaksa menggunakan dewan yang sempit dan tidak menampung bagi hampir 500 orang pelajarnya.
Pada majlis tersebut pelbagai perisian termasuk pertandingan basikal berhias oleh para pelajar, mewarna dan poster pertandingan kelas tercantik, pertandingan busana merdeka,serta persembahan pentas serta persembahan lagu koir patrotik oleh para pelajar sekolah tersebut serta tayangan filem perdana merdeka.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara