SANDAKAN: Sembilan lelaki yang lolos daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) di sini, semalam kini diburu polis.
Semua tahanan berusia antara 18 hingga 43 tahun itu dipercayai melarikan diri kira-kira jam 2.20 pagi ketika hujan lebat 09, dengan merosakkan jeriji pada tingkap tandas pusat itu.
Semua suspek dipercayai adalah tahanan kes imigresen dan dalam proses pengusiran ke negara Filipina.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin mengesahkan polis sudah melancarkan operasi bagi mengesan semua tahanan sebaik menerima laporan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 223/ 224 Kanun Keseksaan.
Mohd Azhar turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar berhubung dengan bilik gerakan IPD Sandakan di talian
089- 212222 atau balai polis berhampiran.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK