KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tarian singa, naga dan unicorn mempunyai akar umbi yang mendalam dalam budaya Cina.
Beliau berkata, sejak sekian lama budaya itu telah memainkan peranan penting dalam menyatupadukan rakyat Sabah, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan kebudayaan dan etnik untuk meraikan cara yang gemilang dan menggembirakan.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn 2020 anjuran Persatuan Masyarakat Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK), bertempat di Kompleks Sukan Likas, disini pada Sabtu.
Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Christina Liew.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foog Hin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt.

Shafie turut mengucapkan tahniah kepada USCCAKK diatas usaha mempamerkan intipati budaya Cina di Sabah dan antarabangsa.
Beliau berkata, acara itu adalah kesaksian ke atas kerjasama dan hubungan yang kuat antara masyarakat Cina dan kerajaan negeri dalam mempromosikan budaya Cina.
“Kerajaan Sabah mempunyai beberapa perkara yang baik untuk dirayakan. Kita boleh merayakan pelbagai perayaan dalam suasana aman dan harmoni tanpa mengira bangsa dan agama, dan ia dapat disaksikan bukan hanya penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar negara,” katanya.
Shafie berkata, kerajaan negeri menggalakkan penganjuran acara kebudayaan dan ia perlu diterusakn di masa akan datang.

Terdahulu, Presiden USCCAKK Datuk Susan Wong Siew Guen dalam ucapannya berkata, USCCAKK telah ditubuhkan 43 tahun yang lalu dengan tujuan utama menyatukan dan memupuk kerjasama yang erat di kalangan persatuan Cina.
Katanya, hari ini, USCAKK dianggotai sebanyak 15 persatuan terdiri persatuan Hokkien, Hakka, Hainan, Sze Yip, Teochew, San Chiang, Kwong Siew, Tai Poo, Lung Yen, Cina Utara, Foochow, Ann Koai, Eng Choon, Hin Ann dan suku Nam Ann.
Tambah beliau, selain menjalankan aktiviti pendidikan dan kebajikan, USCCAKK berusaha untuk mempromosikan budaya tradisi Cina dan mempertahankan keharmonian kaum.
“Misi kami adalah untuk memastikan budaya dan adat istiadat Cina di Sabah dipelihara untuk generasi yang akan datang.” katanya.
Susan berkata, Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baru Cina adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh USCCAKK.
Katanya, sejak sekian lama, festival ini telah berkembang menjadi acara ikonik USCAKK.
Bagi pihak USCCAKK, Susan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terim akasih kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas sokongan dan pemberian geran yang kukuh untuk acara itu.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ