KUNDASANG: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan Sabah memberi sokongan penuh kepada cadangan kerajaan Sarawak untuk meningkatkan jumlah perwakilan Sabah dan Sarawak di Parlimen Malaysia.
Beliau berkata kerajaan Sabah akan bekerjasama menyuarakan cadangan berkenaan agar ia dapat direalisasikan.
“Ia merupakan satu cadangan yang baik dan kerajaan Sabah tidak mempunyai masalah untuk memberikan sokongan. Ini merupakan salah satu usaha yang harus kita perjuangkan…bukan sahaja berdasarkan jumlah penduduk, tetapi keluasan Sabah dan Sarawak perlu diambil kira.
“Kawasan Sabah dan Sarawak begitu besar untuk seseorang Ahli Parlimen berkhidmat…kita bayangkan kawasan Parlimen Kinabatangan yang mempunyai keluasan lebih besar daripada Pahang. Namun Kinabatangan hanya ada satu Ahli Parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Mesilou Kundasang dan menyerahkan Bantuan Petani Daerah Ranau, di sini, semalam.
Baru-baru ini, kerajaan Sarawak melalui Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekali lagi menyuarakan desakan untuk memperjuangkan hak dalam mendapatkan semula peruntukan satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi di Parlimen.-http://beritasabah.com
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam