Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_3.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_3.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

SPRM rangka tiga strategi utama perangi rasuah tahun ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merangka tiga strategi utama di bawah Sektor Operasi dan Pencegahan dalam usaha memerangi rasuah membabitkan perolehan awam, penguat kuasa undang-undang dan grand corruption untuk tahun ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Grand corruption merujuk kepada rasuah berskala besar yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam.
“Strategi ini merupakan hala tuju dan dan sasaran SPRM pada tahun 2024 bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mencegah ketirisan demi meningkatkan hasil negara,” katanya dalam Amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM 2024 yang diedarkan kepada media hari ini.
Bagi perolehan awam, katanya tumpuan SPRM adalah bagi mengelak ketirisan dalam sistem perolehan kerajaan dan memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan termasuk kegiatan monopoli projek (kartel), projek terbengkalai atau projek sakit yang melibatkan kerugian besar kepada kerajaan.
Bagi penguat kuasa undang-undang, beliau berkata SPRM menumpukan pembongkaran kes bersifat sindiket seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, permit kerja pekerja asing serta jenayah rasuah melibatkan anggota penguat kuasa yang menjaga pintu sempadan atau pintu masuk negara.
Azam berkata kes yang menyebabkan berlaku ketirisan, menjejaskan dasar kerajaan dalam melaksanakan agihan dana awam atau peruntukan khas kerajaan kepada kumpulan sasar atau kaum tertentu seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) dan Skim Pinjaman TEKUN Nasional juga menjadi tumpuan SPRM
Bagi sektor awam, beliau berkata SPRM akan memfokuskan terhadap pembongkaran kes berkaitan kutipan hasil kerajaan dan pengelakan cukai seperti cukai eksais, cukai perkhidmatan, dan duti import eksport yang sepatutnya diterima kerajaan ntuk pembangunan negara.
“Semua perancangan dan tindakan operasi siasatan perlu diperkemas dan diselarikan dengan perancangan dan tindakan di Sektor Pencegahan melalui tindakan penyiasatan tatakelola dan pendidikan masyarakat yang berimpak tinggi agar lebih berkesan dan menyeluruh,” katanya.
Azam berkata SPRM akan terus menggunakan strategi serampang tiga mata dalam melaksanakan tugas iaitu melalui pendekatan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan masyarakat selaras dengan fungsi pegawai SPRM di bawah peruntukan Seksyen 7 Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Beliau berkata strategi itu adalah berpandukan Pelan Strategik SPRM 2021-2025 yang bersifat holistik dalam memacu negara ke arah bebas rasuah melalui pemerkasaan penguatkuasaan yang berkesan, pencegahan rasuah yang menyeluruh dan pembudayaan integriti bagi memastikan SPRM kekal efektif dan relevan di masa akan datang.
-BERNAMA