KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap beberapa laporan media berhubung wujudnya unsur rasuah dalam perkembangan politik masa kini di negeri ini.
Laporan media itu mendakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.
Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, SPRM Sabah sudah menghubungi ADUN yang dipercayai terbabit untuk membantu siasatan lanjut.
“Hasil interaksi dengan ADUN terbabit, mereka enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku.
“Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK