Oleh Willie Jude
KUDAT: Empat warga asing ditahan dalam operasi khas ‘Op Bagang’ yang dijalankan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kudat, di perairan Pitas, di sini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, empat suspek berusia antara 20 hingga 49 tahun iti ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa.
“Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 8 malam secara berasingan di atas Bagang (peranti menangkap ikan bilis) di kedudukan sekitar 3.4 batu nautika dari Dataran Bangkoka, Pitas.
“Empat yang ditahan ini juga adalah warga Filipina dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau kesemua suspek telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK