Syarikat Industri Dipelawa Sertai AKIS 2018/2019

Tseu (duduk tengah) bersama para juri/panel dan jawatankuasa penganjur AKIS 2018/2019.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Syarikat industri di negeri ini dipelawa untuk menyertai Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (AKIS) 2018/2019.

Timbalan Setiausaha Tetap Kememterian Perdagangan dan Perindusrian (KPP), Tseu Kei Yue berkata, anugerah ini terbuka kepada syarikat industri yang berada di Sabah dan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun secara berterusan, “Dan mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit dalam tempoh tiga tahun kewangan,” katanya pada sidang media dipejabat KPP Sabah, di Wisma Kewangan disini pada Selasa.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi KPP di alamat url www.mti.sabah.gov.my  Tarikh tutup penyertaan pada 30 Ogos 2019.

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang akan diadakan pada 8 November 2019 (Jumaat) jam 7.00 malam di Grand Ballroom, Pan Pacific Sutera harbour & Resort.

Majlis ini akan dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Panglima Wilfed Madius Tangau, selaku tetamu kehormat.

Tseu berkata, AKIS dianjurkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kecemerlangan sesebuah syrarikat industri atau organisasi industri.

“Kesedaran dan pencapaian kualiti dan menggalakkan pengeluaran produk berkualiti tinggi,” katanya .

AKIS dianjurkan oleh KPP Sabah dengan sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITTI), Perbadanan Perusahan Kecil dan Sederhana (Smecorp) Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sabah, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan Sirim Berhad.

Tseu berkata, tahun ini adalah merupakan kali ketujuh AKIS dianjurkan, anugerah ini bermula pada tahun 2007 dan diadakan setiap dua (2) tahun sekali bagi mengiktiraf sektor perkilangan dan pembuatan yang sedang beroperasi di Negei Sabah untuk kecemerlangan perniagaan mereka dan pencapaian yang berkualiti.

“la bertujuan untuk memberi motivasi kepada pengeluaran barang-barang yang berkualiti tinggi supaya produk-produk buatan Sabah mampu bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

Terdapat enam (6) kategori iaitu kategori pertama untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS)  yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM1 juta (kategori baru diwujudkan).

Kategori kedua untuk syarikat tempatan (jualan tahunan kurang daripada RM5 juta). Kategori ketiga untuk syarikat tempatan (jualan kurang dari RM10 juta).

Kategori keempat untuk syarikat tempatan (jualan tahunan antara RM10 hingga RM25 juta).  Kategori kelima untuk syarikat tempatan (jualan tahunan di atas RM25 juta hingga RM100 juta).

Kategori keenam untuk terbuka syarikat tempatan (jualan tahunan melebihi RM100 juta atau syarikat milik asing.

Kriteria-kriteria yang akan diadili ialah kesan sosio-ekonomi, pengurusan berkualiti, kualiti produk, penggunaan teknologi, eksport, pengiktirafan / anugerah yang diperolehi dan  tanggungjawab pengurusan sosial.

Tseu berkata, pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan menerima trofi, wang tunai RM5,000.00 dan sijil.

Satu pemenang bagi Anugerah Harapan akan menerima trofi, wang tunai RM3,000.00 dan sijil.  Menguruskan untuk menyertai mana-mana acara melalui KPP dan sorotan khas pemenang di dalam akhbar tempatan.

Seramai tujuh ahli jawatankuasa teknikal AKIS merangkap panel/juri pemerkahan terdiri Encik Mohd, Hijri Mat Rani daripada MITI, Encik Wong Tiang Sing (MIDA), Encik Muhd. Hamdi Salleh (Smecorp Malaysia), Puan Rommella Osmand (SIRIM Bhd), Encik Izani Ishak (MPC) Sabah, Puan Noor Azian Romlan (Matrade) dan Encik Sudirman Mohd. Alwi (MIDF).

Untuk maklumat lanjut hubungi Puan Shirley Joseph, Bahagian Peiaburan KPP ditalian 088-255055, 013-5440980 atau E-mel Shirley.Joseph@sabah.gov.my.